Contact Us | English
 
 
NEWS Highlights
 

FAQ

1. Siapakah yang dipelawa menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya?
Ikrar ini terbuka kepada semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 dan berminat untuk mengisytiharkan komitmen mereka bagi membangunkan sebuah negara yang bebas-rasuah.

2. Mengapa ikrar ini penting?
Ikrar ini menekankan nilai-nilai yang perlu ditunjukkan oleh calon-calon dalam menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menjadi tanggungjawab Rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa wakil-wakil yang dipilih akan mematuhi piawaian yang terkandung dalam ikrar ini.

3. Adakah ikrar ini terikat dari segi undang-undang?
Tidak. Ikrar ini merupakan pengisytiharan secara terbuka oleh calon-calon dalam mendukung amalan integriti berpolitik dan ianya tidak terikat dari segi undang-undang.

4. Siapakah yang memantau ikrar ini?
Ia adalah tanggungjawab calon sendiri untuk memenuhi janj-janji yang dibuat dalam ikrar ini dan ia adalah tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa janji-janji ini dipenuhi. Rakyat boleh berkomunikasi dengan calon-calon melalui butiran hubungan yang disediakan oleh calon dalam laman web ini.

5. Apakah kandungan ikrar ini?
Calon-calon berikrar untuk:
a) Memastikan bahawa dana awam, sumber-sumber awam dan kemudahan-kemudahan awam tidak digunakan untuk tujuan berkempen.
b) Mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturan-peraturan yang berkaitan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, pematuhan terhadap had belanja pilihan raya dan larangan terhadap perbuatan rasuah.
c) Memastikan apa jua tindakan dan keputusan mereka adalah demi kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan peribadi. Mereka juga perlu mengamalkan prinsip ketelusan dan keterbukaan melalui pendedahan penuh dan kebebasan capaian maklumat kepada pihak awam

6. Bagaimana untuk menandatangani ikrar ini?
Sila isi versi ikrar dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris (hanya satu) dan hantarkan borang yang lengkap kepada kami di election-pledge@transparency.org.my bersama gambar terkini calon (275px (w) x 300px (h)) untuk dimuat naik. Salinan ikrar juga boleh diminta melalui alamat emel di atas atau menghubungi kami di talian +603 7960 6630.