Contact Us | English
 
 

 

Ringkasan penandatangan (mengikut parti)

Ikrar

  • Calon akan mematuhi prinsip-prinsip kebenaran, integriti, beretika dan akauntibiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa-apa bentuk amalan rasuah.
  • Calon akan mendukung dan mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
  • Calon akan memastikan tadbir urus yang baik dan ketelusan; dan
  • Calon akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan Malaysia yang berkaitan.
Klik di sini untuk salinan ikrar.

Tentang Ikrar Integriti Pilihan Raya

Mengiktiraf bahawa

  • Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara bebas-rasuah memerlukan komitmen setiap warganegaranya dalam memerangi rasuah, mengamalkan tadbir urus yang baik dan mendukung integriti; dan
  • Pihak Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri, melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih,secara individu dan bersama hendaklah menerapkan tadbir urus yang baik dan integrity dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Ikrar ini yang dibuat secara sukarela dan dikawal secara sendiri adalah suatu pengisytiharan akauntabiliti di antara calon dan pihak awam. Adalah menjadi tanggungjawab setiap calon untuk menunjukkan tahap integriti dan etika yang sewajarnya sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi.

Berikut adalah garis panduan dalam mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas:

  • Calon-calon perlu memastikan bahawa dana awam, sumber-sumber awam dan kemudahan-kemudahan awam tidak digunakan untuk tujuan berkempen.
  • Calon-calon perlu mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturan-peraturan yang berkaitan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, pematuhan terhadap had belanja pilihan raya dan larangan terhadap perbuatan rasuah; dan.
  • Calon-calon dan wakil-wakil yang dipilih harus memastikan apa jua tindakan dan keputusan mereka adalah demi kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan peribadi. Mereka juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip ketelusan melalui pendedahan penuh dan kebebasan maklumat kepada pihak awam.